Tempat-Tempat Istimewa di Mekah

Ada beberapa tempat bersejarah di Makkah Al Mukaramah yang tercatat di sini. Ini masih jauh dari lengkap.

Semoga manfaat.

tempat-bersejarah

Rumah Nabi Muhammad saw ketika membina rumah tangga bersama Khadijah. Saat ini (konon) berada di bawah tiang lampu. Banyak orang membaca Al Qur’an di sini untuk menghormat dan tabaruk kepada baginda Nabi saw.

Rumah Kelahiran Nabi Muhammad saw (Maulid Nabi) yang terletak berdekatan dgn tempat mengerjakan Sa’ie, arah timur Masjidil Haram. Kawasan ini dikenali sebagai Suq al-Layl atau Shib Ali. Kini, dibangun sebuah perpustakaan dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah”.

.

tempat-bersejarah02

Masjid Abu Hurairah … belum kutemukan keterangannya.

.

tempat-bersejarah03

Pemakaman Ma’la yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari arah utara Masjidil Haram yang keseluruhannya menghadap ke arah Kaabah. Di sini bersemadinya jasad Sayidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah saw, para sahabat dan ulama besar.

Mereka yang dimakamkan disini antara lain : Abdul Muthalib (kakek Nabi Muhammad saw), Abu Thalib (Pamann Nabi), Siti Khadijah (isteri pertama Nabi), Qasim (putera pertama Nabi saw yang meninggal saat masih bayi). Di pemakaman ini juga digunakan untuk jamaah haji yang wafat di tanah suci ini.

Masjid Jin, saat Nabi Muhammad membaca Al Quran disini,sekelompok Jin yang lewat mendengarnya. Mereka kemudian berbaiat dan masuk Islam. Cerita ini diabadikan juga didalam Al Quran

.

tempat-bersejarah04

Mina pula adalah tanah haram yang menjadi tempat mabit bagi jemaah haji pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ia dinamakan Mina kerana banyaknya darah mengalir daripada binatang ternakan (unta, lembu dan kambing) yang disembelih sebagai dam, korban dan sedekah.

Di Mina terdapat tiga jamrah yang menjadi tempat bagi jemaah haji melontar anak-anak batu sebagai sebahagian daripada amalan haji mereka. Ia dipanggil Jamrah kerana anak batu dilontar di tempat tersebut atau kerana batu lontaran yang terkumpul di situ.

Jamrah tersebut ialah Jamrah Sughra (Ula) iaitu yang berada berhampiran Masjid Khaif dan menghadap ke arah Mina, diikuti dengan Jamrah Wusta yang jarak antara kedua-duanya kira-kira 200 meter. Jamrah terakhir pula ialah Jamrah Kubra (Aqobah) yang terletak kira-kira 247 meter dari Jamrah Wusta dan menghadap ke arah Mekah.
Masjid Khaif, masjid besar dan terkenal di Mina dengan kubah bersisi delapan. Khaif berarti lembah dari mulut kemulut diceritakan bahwa tujuh puluh nabi dimakamkan disini, diceritakan juga banyak nabi berdoa disini
.

tempat-bersejarah05

Muzdalifah pula ialah tempat bagi jemaah haji bermalam (mabit) pada malam 10 Zulhijjah. Ia dinamakan Muzdalifah kerana ramai orang singgah di tempat itu pada tengah malam atau kerana semua orang bergerak secara serentak dari tempat tersebut.

Terdapat sebuah masjid di Muzdalifah yang dikenali sebagai Masjid al-Masy’ar al-Haram ialah tempat Baginda Rasulullah mengerjakan solat Maghrib dan Isyak, seterusnya mabit keesokan harinya.

Arafah, yang merupakan tempat untuk mengerjakan wukuf pada 9 Zulhijjah, dinamakan Arafah sempena tempat pertemuan pertama antara Nabi Adam dan Hawa selepas mereka diturunkan ke bumi. Ia juga dinamakan Arafah kerana di tempat itulah Malaikat Jibrail mengajar Ibrahim mengenai amalan haji.

Arafah merupakan sebuah hamparan padang pasir yang luasnya kira-kira 10.4 kilometer persegi. Jarak Arafah dari kota suci Mekah ialah 21.9 kilometer dari arah tenggara Masjidil Haram. Arafah adalah tanah halal dan pemisah antaranya dengan tanah haram adalah Wadi ‘Uranah iaitu tempat di mana Nabi Muhammad menyampaikan Khutbah Arafah ketika baginda mengerjakan Haji terakhir sebelum baginda wafat pada tahun 10 Hijrah.

Masjid Namirah. Pada tanggal 8 Dzulhijah, Nabi MUhammad SAW menuju Afarah lewat Mina, bermalam di Mina hingga matahari terbit, beliau naik onta menuju Arafah dan singgah ditempat yang bernama Namirah.

Jabal Rahmah, disini terdapat pilar yang menandai titik dimana Nabi Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan setelah terpisah di dunia.

Di kaki bukit ini terdapat al-Sakhrah iaitu batu tempat Baginda Rasulullah berwukuf.
.

tempat-bersejarah06

Jabal Nur : Bukit tempat gua Hira, dimana Rasulullah mendapatkan wahyu pertama kali melalui malaikat Jibril

.

Gua Tsur
12 Sept. 622, dalam perjalanan hijrah ke Madinah, baginda Nabi saw bersembunyi di Gua Tsur bersama sahabat Abu Bakr as Shidiq selama 3 (tiga) hari.

.

Semoga manfaat.

Wallahu a’lam.

Dari berbagai sumber.

18 thoughts on “Tempat-Tempat Istimewa di Mekah

  1. tlong doain aku di arofah !!!
    tolong balas aku yach

    –> Semoga haji mabrur mas.. sukses n bahagia dunia akhirat. Amien.

  2. Bagiku semua tempat di dunia ini istimewa,karena dunia ini diciptakan ALLAH untuk makhluknya yang teristimewa yaitu manusia.Dengan kata lain bahwa di manapun kita berada dan melihat apapun selalu ingat atas kebesaran Allah Yang Maha Sempurna dan yang segala sesuatu di dunia ini adalah ciptaanNya/makhluk.
    JiKalau hanya Makkah saja sebagai tempat istimewa, maka betapa merananya saya hidup di dunia yang hanya sekali, namun tidak bisa melihat Makkah dengan mata kepala secara langsung karena terganjal ekonomi yang hanya untuk makan saja harus memeras keringat.
    bAGIKU ISTEMEWANYA makkah adalah tempat bersejarah kelahiran Nabi Agung kita Muhammad SAW, Nur Ilahi sebagai penyandang gelar khotamul anbiya. SELAIN ITU NDDAK ADA.

    –> Jika anda menyimak artikel, tersirat di sana bahwa tempat-tempat itu tertulis istimewa karena ada peristiwa sejarahnya.

  3. subahanallah sungguh besar nikmat yg allah berikan ke kita,dengan melihat gambar2 dan keteranganya kita tau bahwa tanah suci sangat amat indah…

    insya allah sy mendapatkan rejeki dan memunaikan haji bersama ayahanda tercinta..

    terimakasih.

  4. Pingback: Tempat-Tempat Istimewa di Mekah | Selamat Datang: Ibhe Ananda (Blog)

  5. Pingback: Rukun Wajib Sunnah dan Larangan Haji « Catatan harian seorang muslim

  6. mas bisri…maaf ikut mengomentari Anda. saya setuju semua tempat ini Allah SWT yang menciptakan dan kita pun wajib mengingat_Nya di mana pun kita berada. Lihat daun, kayu, ranting maka yang kita pandang adalah kebesaran Allah SWT. Semua tampak istimewa. Akan tetapi, derajat keistimewaannya berbeda-beda. Dan sungguh sebagaimana yang telah di nash kan dalam al quran dan hadis, tempat2 yang ada di makkah dan madinah memang punya nilai tersendiri…bahkan shalat di masjidil haram dan nabawi saja berbeda nilainya, apalagi disandingkan dgn masjid di t4 kita.

    soal kesempatan berhaji/umroh toh tak semata2 harus kaya atau menunggu kaya. banyak juga kisah hidup dari orang yang pas-pasan bisa haji/umroh.

  7. alhamdulillah,akhirnye doaku dimakbul oleh Allah S.W.T isya’allah aku akan menziarahi tempat ini….amin

  8. maha suci, segala puji kebesaran Allah..!!! mhn doa nya all semoga bisa menjalankan ibadah disana!!! amiiiinn..!!!!

  9. Ya Allah izinkanlah aku dan keluargaku untuk dapat merasakan beriadah di TanahMU yang suci.doakan kami ya…semuanya semoga kami di beri kesehatan, umur panjang dan kesempatan serta rezeki hingga kami bisa mnyempurnakan rukun Islam.amin semoga

  10. Pingback: Foto – Foto Rumah Baginda Nabi Muhammad SAW, | lamreung26

Leave a comment