Imam Nawawi Tentang Pentingnya Bermadzab

Penjelasan Imam al-Nawawi dipetik dari kitab Majmu’ Sharh al-Muhazzab

Bab Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa

Terjemahan

“Dan tidak boleh bagi si awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;

ini adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.

Hanyasanya, (ulama’2) yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”

[Kemudian Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]

“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.

Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.

Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.

Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”


Sedikit Ulasan

* Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.

* Terdapat beberapa Imam dalam mazhab al-Shafie yang menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie bukan kerana taqlid semata-mata.

* Kalau anda dapat cari sebab-sebab yang dikemukan oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan anda dengan mazhab yang muktabar seperti mazhab Imam al-Shafie .

.

Sumber: http://hiz-tough.blogspot.com/2008/06/penjelasan-imam-al-nawawi-mengenai.html

Bagian pengantar dan penutup yg bukan terjemah kitab tak kami sertakan.

Advertisements

9 thoughts on “Imam Nawawi Tentang Pentingnya Bermadzab

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx cut xxxxxxxxxxxxx

    Wa’alaikum salam wrwb. Dengan sangat menyesal, saya tak dapat menampilkan undangan anda di sini. Sangat-sangat di luar konteks dengan topik yg diberikan. Dan blog ini bukan papan reklame.

  2. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Muhyiddin bin Syarf bin Mura an-Nawawi memang bermazhab Safi’i,seorang yang zuhud dan wara. Masa hidupnya(45 tahun) hanya digunakan untuk menuntut ilmu dan menulis buku sehingga lupa menikah.
    Saya sangat suka karya-karyanya.

  3. assalamualaikum ya akhi…
    mas, saya kemaren berdiskusi “hot” dengan wahabiyyu ttg “dimana Allah berada?”. saya sudah menyitir fatwa ulama salaf, termasuk imam assyafi’i terhadap bunyi ayat At-Thoha ayat lima terkait makna lafadz istiwa, namun dia bersikukuh mengatakan bahwa imam Ahmad dalam kitabnya (saya lupa nama kitabnya) telah berfatwa bahwa makna ayat terbt adalah bhw Allah bersemayam di Arsy. saya berusaha mencari kitab2 karya imam ahmad tersebut, untuk mencari kebenaran atas apa yang dia nisbatkan kepada imam Ahmad. namun saya mempunyai keterbatasan ilmu, pemahaman, dan waktu sehingga saya belum juga menemukan dan mendapatkannya. jika Anda bisa membantu saya dalam hal itu, maka saya berterimakasih sangat pada Anda. dan semoga nanti bisa bermanfaat bagi para pengikut Aswaja di seluruh belahan dunia, amin…

    hormat saya,

    yudin

    –> Wangalaikum salam wrwb. Coba tanyakan ke sini

    • mungkin bisa dibaca didalam kitab Qothrul Ghais”: jawabannya kurang lebih seperti ini “laisa fi makanin wala yamurru ‘alaihi zamanun ”

      dan makna istawa bukanlah istoqoro
      ( diam / bersemayam ),
      tapi istaula ( berkuasa ) , bisa dilihat dalam kitab tafsir sprti Jalalain”

      • alhamdulillah semakin mantap iman saya dengan aqidah ini semoga blog ini dapat menyadarkan kaum wahhabi

    • Saudara Yudin,

      Silakan Anda baca di kitab : ( Tentang pendapat Imam Ahmad )

      1. اعتقاد الإمام أحمد hal; 38 -39 ,45

      2. مناقب أحمد hal : 42

      3. دفع شبه التشبيه hal : 56

      4. إيضاح الدليل في قطع حجج أهل التعطيل hal : 108

      6. تشنيف المسامع juz : 4 / 648

      7. المقالات السنية hal : 194

      Yang pendapat Beliau dapat diringkas sbb ;

      والإمام أحمد بن حنبل رضي الله عنه من أبعد الناس عن نسبة الجسم والجهة والحد والحركة والسكون إلى الله تعالى

      Imam Ahmad bin Hanbal ra adalah seorang yang paling menjauhkan diri dari menisbatkan kepada Alloh ta`ala bahwa Alloh berjisim, ber-arah,dibatasi, bergerak dan bersemayam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s