ad-Diba`ie, penggubah Maulid Diba’

Satu karya mawlid yang masyhur dalam dunia Islam ialah mawlid yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits iaitu Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i.

Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang terkenal dan tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab “Shohih” Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam. Beliau mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau akan mengajar hadits dari masjid ke masjid.

Di antara guru-gurunya ialah Imam al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang. Di antara kitab karangannya ialah:-

* “Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir Rasul” yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits yang 6.
* “Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru ‘ala alsinatin naasi minal hadits” sebuah kitab yang membezakan hadits sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.
*  “Qurratul ‘Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun”.
*  “Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid”.
*  “Fadhail Ahl al-Yaman”.

Renungilah bahawa kitab mawlid ini bukan karya Tok Dalang wayang kulit atau susunan Pelipur lara zaman dahulu kala atau Tukang Karut dikir barat. Ianya karya seorang ulama terbilang dan menjadi sandaran ilmu dan imannya. Kitab mawlid ini dikarang dengan senikata yang indah dan menawan setiap telinga yang mendengarnya. Kitab yang hampir berusia 500 tahun ini diakui keindahan dan keberkatannya. Keberkatannya tersohor dan menjadi bacaan serta wiridan banyak umat. Majlis pembacaannya diadakan sepanjang tahun, setiap masa di berbagai pelosok dunia Islam. Kiyai Agung berpesan agar setiap muridnya mengadakan majlis pembacaan mawlid ini pada setiap malam Isnin, dan amalan ini diteruskan oleh murid-muridnya sehingga ke masa ini. Dengan hadir di majlis mawlid, diharap tumbuh subur kecintaan kepada Junjungan Nabi s.a.w. Diharap Junjungan s.a.w. yang dipertontonkan oleh Allah s.w.t. segala amalan umatnya sudi memberikan syafaatnya kepada pembaca dan pendengar serta hadirin kerana tidaklah mereka berkumpul melainkan kerana ingatkan baginda dan dalam rangka membesarkan baginda.

Allahumma sholli wa sallim wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aalih

.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/11/maulid-ad-dibaie.html

One thought on “ad-Diba`ie, penggubah Maulid Diba’

  1. Pingback: Sejarah(Manaqib) Para Ulama’ « zidatulhidayah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s