Najd BUKAN Iraq

Artikel ini membantah artikel sebelum ini (Najd = Iraq). Tidak saya angkut semua. Hal-hal yang saya pandang tak perlu saya tinggal. Jika ingin menyimak seluruhnya, silahkan buka sumber di sini:

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/

BELAAN PERTAMA

Maksud “Najd” Di Sisi Al-Bukhari.

Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan matan (lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” .

Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2598, No: 6681. Tetapi dalam bab yang bermaksud: “Apa yang dikatakan dalam hal gempa bumi dan tanda-tanda Kiamat” beliau meriwayatkannya secara mauquf (terhenti setakat Ibn Umar radhiallahu ‘anhum) sahaja. Lihat rujukan yang sama, 1: 351, No: 990.

Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan luar Madinah sampailah ke Iraq, Iran dan seterusnya. Ini bermakna, Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu.

PENILAIAN

Kononnya Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum.

Ini agak-agakan penulis sahaja. Agak-agakan bukanlah satu kesalahan tapi agak-agakan yang dibuat penulis bersifat dhaif.

Contoh 1:

Encik Ahmad seorang ahli sejarah menulis sebuah artikel tentang kedatangan orang-orang Barat sebagai penakluk dan penjajah ke Timur. Pada bahagian tajuknya ditulis ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’. Pada bahagian huraianya pula ditulis , “Sebaik-baik sahaja menemui jalan ke Timur, bangsa Eropah meluru dengan senjata ke India dan seterusnya ke Nusantara yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis”.

Apakah Encik Ahmad tidak tahu bangsa Eropah mana yang menakluk Melaka hanya kerana pada bahagian tajuknya tidak ditulis ‘Portugis’? Apakah kerana tajuknya yang berbunyi ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’ bersifat terlalu umum hinggakan Encik Ahmad dikatakan tidak pasti ‘Portugis’ itu bangsa Eropah yang mana satu?

Apakah Imam Bukhari betul-betul tidak tahu Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah hanya kerana pada tajuknya tiada perkataan Najd?

Contoh 2:

Encik Muhammad seorang ahli sejarah. Dia menulis artikel pendek tentang sejarah kejatuhan Baghdad. Dia menemui manuskrip lama yang tertulis ‘Serangan ke atas Baghdad diketuai oleh empat orang panglima Tartar bernama Belalai Khan, Asrab Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan’ sebagai contoh. Tulisan ini dimasukkannya di bahagian isi lalu diberi tajuk ‘Baghdad Jatuh ke Tangan Orang Timur’.

Apakah kerana pada tajuknya tidak ditulis perkataan ‘Tartar’ dan perkataan ‘Timur’ membawa pengertian yang luas maka kita hukumkan Encik Muhammad TIDAK PASTI ataupun TIDAK TAHU bangsa Timur mana yang menakluk Baghdad?

KESIMPULAN KECIL YANG PERTAMA

Agak-agakan penulis yang berbunyi “Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu” tidaklah punya sandaran yang kukuh. Peringkat sahih pun tidak, peringkat hasan pun tidak. Sekadar hujah peringkat dhaif yang terlalu dhaif sahaja. Perkara yang sedhaif ini tidaklah boleh dibuat hujah.

Imam Bukhari tidak menulis perkataan ‘Najd’ pada tajuk bukanlah bukti kukuh mengatakan beliau tidak tahu bahawa Najd itu adalah Najd di Arab Saudi hari ini.

Hujah pertama penulis dikira tertolak.

BELAAN KEDUA

Maksud “Najd” Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain.

Selain daripada riwayat Al-Bukhari di atas, hadith ini juga telah diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith yang lain dengan matan seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”.

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.

Matan (lafaz) riwayat ini dilihat berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari kerana di dalamnya ada penambahan doa untuk keberkatan negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq.

Meskipun ada perbezaan matan antara kedua riwayat tersebut, tetapi pada hakikatnya ia adalah riwayat yang sama, kerana sanad (rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang Sahabat yang sama iaitu ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma. Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi’ daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma, manakala matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir itu pula diriwayatkan melalui jalan sanad Salim daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma.

Mengikut kaedah ilmu hadith, kedua-dua riwayat Nafi’ dan Salim itu saling menyokong antara satu sama lain secara mutabaah (sokongan dalam konteks riwayat yang datang daripada Sahabat yang sama). Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada hakikatnya adalah riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat sebagai penjelas maksud antara satu sama lain.

Dengan perkataan lain, matan riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas kepada maksud matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir juga menjadi penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.

Ini bermakna, perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Iraq yang ada dalam matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana perkataan Iraq juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Najd. Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam doanya itu ialah negeri Iraq dan bukan daerah khusus yang terdapat di negara Arab Saudi yang dikenali sebagai Najd.

Abu Nu’aim Al-Asbahani, Ahmad Ibn Abd Allah, Hilyah Al-Auliya’, Dar Al-Kitab Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1405H, 6: 133 dan Ibn ‘Asakir, ‘Ali Ibn Al-Hasan Ash-Shafi’ie, Tarikh Madinah Dimashq, Dar Al-Fikr, Beirut, Lubnan, 1995, 1: 130. Matan (lafaz) ini juga diriwayatkan oleh Ya’kub Al-Fasawi dalam Al-Ma’rifah, Al-Mukhallis dalam Al-Fawaid Al-Muntaqah dan Al-Jurjani dalam Al-Fawaid, Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Maktabah Al-Maarif, Riyadh, Arab Saudi, 1996, 5: 271-302.

.
PENILAIAN

Hadis pertama riwayat Bukhari. Hadis kedua oleh perawi-perawi lain yang tidak sehandal Imam Bukhari iaitu Abu Nuaim dan Ibnu Asakir. Kita juga tidak dimaklumkan oleh penulis akan taraf hadis kedua sama ada sahih, hasan ataupun dhaif. UMUM KATA, hadis pertama lebih kukuh untuk dijadikan hujah. Tapi tidak mengapalah, kita lihat isi kandungan hadis kedua.

Dakwa penulis:

“perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq”

Salah! Perkataan ‘Najd’ dalam riwayat Bukhari tidak pernah digantikan dengan perkataan ‘Iraq’. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua matan hadis ini ada menceritakan perkara yang sama dan ada menceritakan perkara yang berlainan. Dalam hal Najd dan Iraq, kedua-duanya perkara ataupun lokasi yang berlainan.

Kita buktikan.

Hujah kita yang pertama:

Kalau perkataan ‘Iraq’ menggantikan ‘Najd’, perkataan ‘Makkah’ dan ‘Madinah’ pula menggantikan apa? Ini menunjukkan ada perbezaan maksud dalam kedua-dua hadis.

Hujah kita yang kedua:

Dalam hadis pertama, Imam Bukhari mengaitkan Najd dengan Timur atau Timur dikaitkan dengan Najd. Imam Bukhari faham HADIS INI memaksudkan Najd dengan Timur atau Timur dengan Najd.

Dalam hadis kedua, SETAKAT PAPARAN penulis, tidak nampak kepada kita bahagian yang ada mengaitkan Iraq dengan Timur atau Timur dengan Iraq. Jadi, Najd (Timur) dalam hadis pertama tidaklah sama dengan Iraq (yang tidak dikaitkan dengan Timur) dalam hadis kedua.

Hujah kita yang ketiga:

Perkataan ‘TANDUK SYAITAN’.

Apabila disebut tanduk, biasanya kita akan faham ada DUA batang tanduk. Contoh: Apabila dikatakan seseokor binatang itu bertanduk. Biasanya kita terus akan faham yang binatang itu ada dua tanduk. Iblis dan syaitan juga dikatakan makhluk-makhluk yang bertanduk, iaitu dua batang (antaranya lihat Dialog Dengan Jin Islam oleh Muhammad Isa Dawud)

Batang di kepala badak sumbu, unicorn ataupun ultraman biasanya tidak kita sebut tanduk, kerana ia ada satu sahaja. Hal ini kerana tanduk itu umumnya bermakna ada dua batang.

Bagi para peminat gusti, tentu kenal regu Road Warriors yang dikenali juga sebagai Legion of Doom. Anggotanya Animal dan Hawk berambut gaya ‘mohawk’. Rambut ‘mohawk’ Animal botak di tepi dan tinggal bahagian tengah sahaja, macam Trojan. Orang tidak katakan kepala Animal nampak macam bertanduk.

Rambut Hawk pula botak di tengah dan di tepi tapi ditinggalkan sebaris rambut di keuda-dua sisi tepi kepala. Dari jauh nampak seolah-olah kepalanya bertanduk, dan itulah yang dikatakan orang.

Nampak bezanya? Kalau sebatang jarang orang sebut tanduk melainkan ada dua batang.

Orang-orang dewasa sering menggayakan tanduk kepada kanak-kanak kecil. Ketika membuat gaya tanduk di kepala, orang menggunakan dua tangan ataupun satu tangan? Golongan remaja sering berjenaka dengan rakan mereka yang mahu melakukan perkara salah seperti hendak mengusik gadis-gadis, lalu mereka mengatakan “Tu dia, tanduk sudah naikkkk!” sambil menggayakan tanduk di kiri kanan kepala. Mereka guna satu tangan ataupun dua tangan? Ada orang yang sengaja gayakan tanduk dengan sebelah tangan lalu meletakkannya di tengah kepala ataupun di tengah hidung?

Iskandar Zulqarnain dikatakan ‘memiliki tanduk’ (antaranya lihat Iskandar Zulkarnain oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf). Perkataan ‘qarn’ dikatakan menunjukan tanduk. Benarkah di kepalanya tumbuh dua tanduk seperti kambing? Tentu tidak. Ada maksud yang lain. Boleh jadi dia memakai topi besi yang bertanduk sebagaimana topi orang-orang Viking. Apabila disebut ‘topi besi bertanduk’, kita bayangkan dua tanduk ataupun satu? Tentulah dua. Ada yang ‘bertanduk’ satu seperti topi besi tentera Rom, England (macam di kepala ultraman), Islam (topi besi berbatang tajam sebatang dan dibalut serban) ataupun Sparta (yang biasa kita sebut Trojan- macam penyapu) tapi orang tidak sebut tanduk. Betul?

Pendapat yang lebih kuat mengatakan Zulqarnain ‘memiliki tanduk’ kerana keluasan empayarnya yang terbentang dari Timur hingga ke Barat. Zulqarnain dan tenteranya berdakwah mungkin hingga ke Jepun di Timur dan mungkin sampai ke lokasi Inca dan Aztec di Amerika sekiranya benua-benua itu belum terpisah daripada Eropah dan Afrika. Satu batang tanduk menunjukkan Timur dan sebatang lagi menunjukkan Barat. ‘Bertanduk’nya Zulqarnain adalah untuk menunjukkan kekuasaannya yang meliputi Timur dan Barat.

Baiklah. Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza.

Selain daripada ada dua batang, tanduk juga ada jarak antara kedua-dua batang itu. Pernah kita jumpa tanduk yang duduk melekat kedua-duanya? Jarang, mungkin ada pada binatang yang cacat sahaja.

‘Bertanduk’nya Zulqarnain juga melibatkan jarak dan ruang yang mengisi antara Timur dan Barat.

Daripada bahasan saya di atas, apa yang hendak kita fahamkan di sini ialah tanduk menunjukkan dua batang ataupun dua lokasi antara kedua-dua batang tanduk, ada jarak ataupun ruang

Kita ulang semula:

Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza, dan ada jarak anatar kedua-duanya.

Apabila satu hadis bercakap tentang tanduk syaitan (dua batang) dengan kata “Syam, Yaman dan tempat tanduk syaitan iaitu Najd” manakala sebuah hadis lagi menukilkan kata-kata, “Syam, Yaman, Makkah, Madinah dan tempat tanduk syaitan iaitu Iraq”, adakah Najd dan Iraq dua batang yang berlainan ataupun satu batang sahaja? Adakah Najd dan Iraq lokasi yang sama ataupun dua lokasi berlainan?

Tentu saja kedua-duanya dua lokasi yang berlainan, dan ada JARAK ataupun RUANG antara kedua-duanya.

Tapi kalau mengikut kaedah penulis, dua tanduk Zulqarnain iaitu Timur dan Barat menunjukkan lokasi yang sama. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Kalau menggunakan kaedah penulis, dua tanduk syaitan iaitu Najd dan Iraq menujukkan lokasi yang sama iaitu Iraq. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Sebagaimana yang kita faham tadi, antara dua tanduk tentulah ada ruang dan jarak. Antara Timur dan Barat tentulah ada ruang dan jarak. Antara Najd dan Iraq juga tentunya ada ruang dan jarak.

Jadi, tempat ‘tanduk syaitan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu ialah Najd di Arab Saudi, Iraq dan ruang antara kedua-duanya. Ringkasnya Najd yang dikatakan Nabi tetaplah Najd di Arab Saudi, dan Iraq yang dikatakan Nabi tetaplah Iraq. Mustahil Najd menjadi Iraq dan Iraq menjadi Najd. Tempat finah dan tanduk syaitan itu melebar antara Najd di Saudi, tempat kelahiran dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Iraq.

.

KESIMPULAN KECIL YANG KEDUA

Belaan penulis kononnya Najd itu Iraq dan Iraq itu Najd tidak punya sandaran kukuh. Sandaran sebegini hanya bertaraf sangat dhaif ataupun palsu sahaja. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.

Hujah kedua penulis juga tertolak.
.

BELAAN KETIGA

Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana Salim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma pernah berkata:

يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان…

Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan. Aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…”.

Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd Al-Baqi, Dar Ihya’ At-Turath Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 4: 2229, No: 2905. Selain daripada riwayat Muslim ini, riwayat At-Tabrani juga jelas menyebut negeri ‘Iraq sebagai punca datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mu’jam Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi ‘Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al-’Ulum Wa Al-Hikam, Mausil, ‘Iraq, 1984, 2: 54-55, No: 1270 dan 6: 91, No: 5608.

Riwayat muslim ini jelas menunjukkan bahawa kata-kata Nabi SAW itu ditujukan kepada penduduk Iraq dan isyarat tangan Baginda itu juga ditujukan kepada negeri Iraq. Maka, berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkataan Najd yang terdapat dalam riwayat Al-Bukhari itu merangkumi seluruh negeri cIraq secara umum dan bukan menjurus kepada suatu tempat yang khusus di Negara Arab Saudi.

PENILAIAN

Yang mengatakan ‘Wahai penduduk Iraq” itu bukanlah Rasulullah. Bukan juga sahabatnya Umar. Bukan juga anak Umar tetapi hanya cucu Umar iaitu Salim. Harap para pembaca faham kondisi riwayat ini.

Salim pula hanya sekadar mendengar bapanya menceritakan yang bapanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan..”

Dalam sabda Rasulullah yang dilampirkan itu pula, tidak kelihatan pada mana-mana bahagian Rasulullah mengatakan ‘Timur’ itu MESTI Iraq sahaja, bahkan Iraq pun tidak disebut.

‘Dua tanduk syaitan’ telah kita bahaskan tadi, ia tidak menunjukkan satu lokasi melainkan dua lokasi yang berjarak antara kedua-duanya.

Katakanlah memang benar yang dimaksudkan itu Iraq, tapi ia tetap tidak menafikan Najd sebagai lokasi fitnah dan tanduk syaitan. Mengapa hanya sebelah tanduk saja (iaitu Iraq) yang disebutkan oleh Salim? Kerana pada zaman itu fitnah demi fitnah sudah begitu hebat melanda Iraq.

Mengapa sebelah tanduk lagi (Najd) tidak disebut Salim? Kerana fitnah dari Najd belum banyak. Bayangkan, pada zaman kemunculan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, penduduk Najd majoritinya kaum Badwi dan masih hidup bersuku-suku. Pembangunan di daerah ini masih banyak ketinggalan. Pada zaman Muhammad Abdul Wahhab saja begitu, bayangkan keadaan Najd pada zaman Salim- entah berapa kerat sangat yang tinggal di Najd. Sebab itu fitnah di Najd kurang diambil pusing oleh Salim kerana kemuncak fitnah di Najd hanya datang ratusan tahun kemudian.

Jadi, ini tidak membuktikan yang Timur bagi Salim mestilah Iraq sahaja.

KESIMPULAN KECIL YANG KETIGA

Hujah ini juga bertaraf dhaif. Kualitinya boleh dinaikkan jika ada riwayat lain yang membuktikan Timur itu mesti Iraq dan bukannya lokasi-lokasi lain seperti Iran, Najd, Khurasan dan seterusnya. Tapi, adakah riwayat-riwayat sebegitu?

Hujah ketiga ini pun tertolak.
.

BELAAN KEEMPAT

Maksud “Najd” Berdasarkan Huraian Para Ulama.

Selain pendekatan memahami hadith melalui perbandingan dengan riwayat-riwayat lain, maksud perkataan Najd juga dapat diperolehi daripada huraian para ulama terhadapnya. Dalam konteks ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah (388H):

نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة

Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah”

Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:

وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.

Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur”.

Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.

PENILAIAN

Katanya maksud Najd menurut para ulama, nampak macam ramai. Tapi yang disertakan hanya dua nama sahaja iaitu Ibnu Hajar al-Asqalani dan Khattabi. Tapi, mungkin juga bagi penulis, dua orang itu satu jumlah yang ramai dan layak diletakkan sebagai ‘para ulama’. Wallahualam.

Sekiranya kita ternampak ada dua orang lelaki sedang bermain bola sepak di padang, adakah kita menyebutnya ‘ramai’ dan ‘para’ pemain bola? ………………….

Pesan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna dalam Usul 20:

“Perkataan seseorang boleh diterima ataupun tidak, kecuali perkataan Rasulullah SAW yang maksum.”

Daripada usul ini, fahamlah kita bahawa tidak semestinya seseorang ulama itu benar. Ada hal-hal tertentu yang dia tersalah ataupun lemah.

Kononnya “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah.”

Saya bukanlah ahli Geografi, namun begitu tahu juga melihat peta seadanya. Para pembaca termasuk penulis juga diminta membuat semakan sendiri. Berdasarkan arah mata angin dan garis latitude, kedudukan Madinah ternyata hampir-hampir SELARI dengan kedudukan Najd. Najd berada betul-betul di Timur Madinah.

Iraq tidak berada di Timur Madinah. Wilayah Iraq yang terhampir pun berada pada arah Timur Laut dari Madinah. Banyak bahagian Iraq yang terletak di Utara Madinah, bukan di Timur. Baghdad dan Karbala sendiri berada di utara Madinah, bukan di Timur Laut apatah lagi kalau dikatakan Timur bagi Madinah. Bagi Makkah pula, di Timurnya bukan Najd tetapi satu tempat bernama Layla.

“Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah”

Baik. Menurut ulama ini Najd bagi Madinah ialah pedalaman Iraq dan SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH. Di mana SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH?

Berdasarkan peta, lokasi SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH ialah Najd di Arab Saudi. Jadi, najd penduduk Madinah ada dua tempat iaitu PEDALAMAN IRAQ dan NAJD ARAB SAUDI, dan ruang antara kedua-duanya
KESIMPULAN KECIL YANG KEEMPAT

Hujah ini juga pastinya tertolak. Ia tidak dapat membuktikan bahawa Najd yang dimaksudkan oleh Rasulllah itu mesti Iraq sahaja. Najd yang dimaksudkan itu melebar dari Najd Arab Saudi hinggalah ke Iraq. Semua ini satu penyelewengan fakta oleh penulis.

.
BELAAN KELIMA

Maksud “Najd” Dari Sudut Bahasa.

Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhit telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.

PENILAIAN

Najd memang terletak di kawasan tanah tinggi, ribuan kaki dari paras laut. Muka bumi Iraq umumnya mendatar kecuali di bahagian utara. Baghdad dan Karbala hanya beberapa ratus kaki dari paras laut. Jadi, mana satu lebih berkemungkinan Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah, Iraq ataupun Najd Riyadh?

KEPUTUSAN KECIL YANG KELIMA

Hujah ini tertolak kerana ia tidak membuktikan Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu mestilah Iraq dan bukannya Najd Arab Saudi.

.

BELAAN YANG KEENAM

Maksud “Najd” Berdasarkan Fakta Sejarah.

Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.

Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.

Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.

Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran.

PENILAIAN

“Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.”

Penulis cuba menggambarkan Najd Arab Saudi bukanlah tempat fitnah dan tanduk syaitan dengan alasan kurangnya gempa bumi di sana. Kita menolak belaan ini dengan hujah-hujah berikut:

1. Dunia belum kiamat. Tempat yang dulunya sering berlaku gempa bumi boleh menjadi tempat yang aman pada masa akan datang. Tempat yang dulunya aman juga boleh menjadi tempat yang sering berlakunya gempa bumi. Semua atas kehendak Allah. Apa sandaran kukuh kita untuk mengatakan Najd Riyadh tidak akan dilanda gempa bumi demi gempa bumi sehinggalah hari kiamat? Tidak ada!

Tanah Arab yang dulunya kering-kontang tidak mengeluarkan apa-apa hasil besar kepada manusia selama ribuan tahun, siapa sangka kini jadi rebutan hingga menumpahkan darah kerana minyak di bawahnya?

Orang-orang Monggol yang dulunya membina empayar kedua terbesar di dunia selepas Zulqarnain, hingga mencetuskan kata-kata, “Mustahil Monggol dapat dijatuhkan selepas ini sampailah bila-bila”, kini negara Mongolia langsung tidak ada nama dalam kalangan kuasa-kuasa besar dunia.

2. Setakat ini kita telah faham, ‘tanduk syaitan’ menunjukkan jarak yang luas antara Iraq dan Najd Riyadh. Sungguhpun gempa bumi lebih banyak berlaku di Iraq berbanding Najd, namun apa saja gempa yang berlaku antara dua tempat ini tetap dikira berlaku dalam kawasan ‘tanduk syaitan’ juga- masih dalam wilayah Iraq-Najd juga.

3. Penulis menggunakan ayat ini: “ tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.” Anda rasa Kenapa? Sebenarnya penulis tahu, walaupun pernah berlaku gempa bumi di Iraq tetapi ia tidak kerap. Gempa bumi banyak berlaku di Iran. Dari segi strategi memancing sokongan pembaca, penulis mengaitkan ‘Iran’ agar pembaca mengakui bahawa di sana sering berlaku gempa bumi. Boleh nampak sekarang mengapa secara tiba-tiba ‘Iran’ dimasukkan oleh penulis? Sekiranya di Iran kurang berlaku gempa bumi, tidak mustahi penulis akan bergerak ke depan lagi dengan mengaitkan wilayah Khurasan, Pakistan, Afghanistan dan pedalaman China.

Kata penulis:

“Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran.”

Lihat! Seperti yang diduga, penulis cuba untuk mengaitkan apa saja yang buruk dari arah Timur Laut Madinah hinggalah agaknya ke negara Jepun kalau boleh. Nasib baik Perang Candu, pembersihan etnik Muslim di Turkistan Timur (Xinjiang), pengeboman Hiroshima dan Perang Rusia –Jepun tidak dikaitkannya sekali. Tujuannya tidak lain untuk membesar-besarkan fitnah dari arah Timur Laut itu dan cuba mengaitkannya dengan Iraq agar Iraq nampak terlalu hodoh jika dibandingkan dengan Najd Riyadh. Dengan cara ini penulis berharap para pembaca akan akur bahawa tempat tanduk syaitan itu hanyalah Iraq dan tiada kaitan dengan Najd Riyadh. Begitu strateginya.

Saya buatkan satu tamsilan, para pembaca fikir sendiri.

Kita tinggal di Jakarta, Indonesia pada zaman Konfrantasi Indonesia- Malaysia. Indonesia cuba memburuk-burukkan imej Malaysia di mata rakyatnya lalu mengeluarkan satu ramalan daripada kitab kuno Jayabaya yang berbunyi, “Bahkan banyak ramalan para bikhu yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Malaysia, iaitu di kawasan Segitiga Emas yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Thailand.”

Apa kaitan Malaysia dengan sempadan negara Thailand? Waraskah kaitan yang cuba dibuat itu?

Samalah juga dengan kaitan yang cuba dimomokkan oleh penulis. Apa kaitan sempadan Iran dengan negara Iraq?

Para pembaca akan selamat daripada fitnah artikel penulis itu jika para pembaca menggunakan akal fikiran dengan betul.

Banyaknya tragedi di Iraq yang cuba ditonjolkan oleh penulis. Tapi kita kena ingat, sebahgaian besar wilayah Iraq terletak di utara Madinah, bukan Timur Laut dan pastinya bukan Timur Madinah. Tragedi-tragedi yang berlaku di Baghdad dan Karbala tidak ada kaitan kerana ia terletak di utara.

Kata penulis lagi:

“Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang…”

Begitu cepat penulis melangkau, pasti ada helahnya. Musailamah al-Kazzab yang lebih dulu menjadi ‘fitnah’ mengapa tidak disebut? Mengapa terus ke zaman Saidina Uthman dan Ali? Boleh jadi kerana Musailamah dan gerakannya berkaita rapat dengan Najd Riyadh. : ) Fitnah Musailamah bukan kecil-kecil anak, dia mengaku sebagai Rasul!

Perang Teluk! Penulis hanya nampak fitnah di Iraq dan Baghdad (yang lokasinya tidak kena langsung dengan hadis Nabi, aklau Basrah mungkin ada tempias sikit). Fitnah dari ‘Najd Riyadh’ Kenapa didiamkan? Negara mana yang ulama besar dan pemerintahnya menghalalkan bumi Saudi menjadi pengkalan tentera kuffar melancarkan serangan untuk membunuh orang Islam di Iraq? Ulama negara mana yang menghukum kafir kepada Saddam Hussein?

Selalu kita dengar tok-tok guru mengajar: “Bukan orang yang minum arak saja berdosa. Tukang hidang, tukang jaga stok, pemandu lori, jurujual, tukang tampal iklan dan lain-lain pun berdosa dan mendapat kemurkaan Allah juga.”

Kalau begitu, apa salahnya kita berkata, “Bukan para pembunuh umat Islam di Iraq saja yang berdosa. Tukang sambut pembunuh dan tuan tanah tempat pembunuh beroperasi pun berdosa dan mendapat kemurkaan Allah juga.”

Bukankah ini semua fitnah dari Najd Riyadh? Mengapa penulis diamkan? Puak manakah yang tidak pernah berperang dengan tentera kuffar tetapi sering melancarkan serangan ke atas umat Islam sendiri terutamanya di Makkah dan Madinah hinggalah mereka mendapat tampuk pemerintahan? Tidak lain adalah tentera Wahhabi dari Najd Riyadh. Yang ini bukan fitnah?

Para pendokong gerakan Wahabi dari Najd selepas Muhammad bin Abdul Wahhab melancarkan gerakan bersenjata yang menjadi salah satu penyebab kepada kejatuhan Kekhalifahan Islam. Mereka memberontak ke atas khalifah dan daulah Islamiah. Ketika tentera Salib moden datang menyerang dan memporak-perandakan empayar Islam, kaum Saud dan pendokong dakwah Wahhabi mengambil kesempatan. Hal ini mewujudkan kerjasama tidak langsung antara mereka dengan kaum kuffar dalam meruntuhkan daulah Islam.

Namun begitu, para penyokong Salafi Tua biasanya akan berhujah mengatakan daerah Najd tidak terletak di bawah kekuasaan khalifah. Atas sebab itu mereka tidak boleh didakwa sebagai pemberontak.

Katakanlah dakwaan itu benar, kaum Najdi masih melakukan tiga kesalahan besar!
Katakanlah dakwaan itu benar, kaum Najdi masih melakukan tiga kesalahan besar!

Pertama, mereka menyerang wilayah daulah Islam terutamanya sekitar Makkah dan Madinah. Apa hukum ke atas kumpulan yang menyerang salah satu daripada wilayah negara Islam? Bukankah tentera seluruh daulah Islam boleh menyerang balik?

Tiba-tiba Filipina melancarkan serangan ke atas Sabah. Apakah Malaysia hanya akan berkata, “Biarlah, Filipina bukan berada dalam kekuasaan kita.” Begitu? Oleh kerana Najd tidak terletak di bawah kekuasaan empayar Islam, ketika mereka menyerang wilayah-wilayah Islam, pemerintah dan tentera daulah hanya dibenarkan berkata, “Biarlah, Najd bukan di bawah kekuasaan kita. Biarlah mereka menyerang daulah kita, tak salah.” Begitu?

Apa jenis pemikiran sebegini?

Kedua, jelas mereka tidak ada niat untuk berbaiah dengan khalifah dan daulah. Baiah bukan perkara kecil, sejak zaman Rasulullah ia diambil berat. Melaka sendiri pernah menghantar utusan kepada khalifah, merendahkan diri di samping membeli senjata. Kerajaan Islam Moghul di India sendiri berbaiah dengan khalifah dan khalifah merestui serta mengiktiraf kerajaan Islam Moghul. Mengapa penduduk Najd yang lebih hampir hampir kepada khalifah tidak mahu menyertai daulah Islam? Adakah ini tindakan terpuji?

Saya membaca buku Tun Suzana tentang ahlul bait dan raja-raja Melayu. Dinyatakan di sana selama lebih kurang tiga ratus tahun orang-orang Najd cuba merampas daerah Hijjaz. Jikalau fakta ini benar, fahamlah kita bagaimana sikap orang-orang dari Najd ini.

Ini semua bukan fitnah?

Sejak sekian lama Makkah berada di bawah pengawasan keturunan Nabi Muhammad SAW. Penguasa Makkah terakhir dari darah daging Rasulullah ialah Syarif Hussin. Makkah diserbu oleh tentera Wahhabi dan Syarif Hussin terusir. Banyak ulama dibunuh termasuklah yang berketurunan Rasulullah. Ini semua bukan fitnah?

Ketiga, ketika daulah Islam diserbu musuh, sekalipun kita bukan bernaung di bawah daulah (daulah yang saya maksudkan ialah di bawah khalifah, bukannya negara-negara Islam yang terpisah-pisah sebagaimana hari ini), bukankah sudah jadi kemestian kepada kita yang beragama Islam untuk menggabungkan diri dengan tentera daulah dan mempertahankannya?

Kalau tidak ada niat untuk membantu sesama Islam pun tidak mengapa, salakn duduk diam-diam. Ini tidak, ‘menangguk di air keruh’ dengan turut sama menyerang wilayah daulah Islam.

Lihatlah apa jenayah yang telah dilakukan oleh kaum ini…

KESIMPULAN KECIL YANG KEENAM

Cubaan penulis untuk membersihkan Najd di Arab Saudi dan melambakkan ‘fitnah’ ke atas Iran (dan juga Iran) tidak mencapai kejayaan. Hujah ini juga tertolak.

.

BELAAN YANG KETUJUH

Maksud “Najd” Dari Sudut Geografi.

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.

PENILAIAN

Seperti yang saya katakan di atas tadi, para pembaca dan penulis sendiri hendaklah melihat peta. Timur Madinah ialah Najd Riyadh dan Timur Makkah ialah Layla. Iraq tidak terletak di Timur Madinah.

KESIMPULAN KECIL YANG KETUJUH

Hujah ini bertaraf riwayat palsu, dhaif pun tidak. Pendustaan ini ditolak. Jelas penulis tidak membuat kajian terlebih dahulu melainkan secara taksub melulu membuat belaan.

.
BELAAN KELAPAN

Maksud “Najd” Dari Sudut Umum Atau Khusus.

Meskipun hadith itu menunjukkan kedudukan negara Iraq (dan sekarang termasuk Iran) sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah bagi umat Islam, namun yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti kecaman pada tempat tersebut secara mutlak, tetapi ia bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.

Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.

Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.

Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah

Baginda bersabda:

إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan”.

Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.

Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap individu tertentu yang tinggal di sana.

PENILAIAN

Kita bersetuju dengan kenyataan ini. Di mana-mana pun ada fitnah. Tapi, tempat tanduk syaitan menurut Rasulullah ialah dari Najd hinggalah ke selatan Iraq. Tinggalkan persoalan fitnah kerana di aman-aman pun ada fitnah. Kita tumpu kepada ‘tanduk syaitan’.

KESIMPULAN KECIL YANG KELAPAN

Adakah kenyataan ini berjaya membuktikan Najd bukan tempat ‘tanduk syaitan’? Tidak.

.
BELAAN KESEMBILAN

Kedua: Maksud “Tanduk Syaitan”.

Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah mengemukakan empat pendapat yang berbeza bagi menjelaskan maksud ungkapan ‘tempat muncul tanduk syaitan’, iaitu:

I. Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan (manusia).

II. Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.

III. Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.

IV. Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan.

Semua tafsiran di atas langsung tidak menunjukkan sasaran kepada mana-mana individu secara khusus.

Berdasarkan keseluruhan penjelasan di atas tentang maksud sebenar perkataan “Najd” dan “Tanduk Syaitan”, jelas kepada kita bahawa Al-Ghari sekali lagi telah memesongkan makna hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk memburuk-burukkan orang lain. Namun hal ini bukanlah satu kes terpencil bagi Al-Ghari. Sebelum ini, di permulaan buku ini, kita juga telah melihat bagaimana dia memesongkan maksud hadith dengan tujuan untuk memburuk-burukkan para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Jelaslah, bahawa apa yang dilakukan oleh Al-Ghari adalah suatu pengkhianatan terhadap agama dan juga suatu pembohongan ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 46-47.

PENILAIAN

Hujah ini adalah satu lagi permainan pemikiran.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis mengatakan Najd itulah Timur yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah ITU apabila tajuknya ditulis perkataan Timur. SATU DEFINISI dengan SATU HURAIAN. Definisinya Najd dalam hadis dan huraian Imam Bukhari terletak pada tajuknya apabila ditulisnya Timur untuk Najd dalam hadis itu. Tapi penulis mengatakan Imam Bukhari tidak pasti Timur itu Najd Riyadh. Jadi kononnya hujah itu tertolak.

Sekarang, al-Hafiz Ibnu Hajar memberi EMPAT DEFINISI ‘tanduk syaitan’ yang berbeza, tapi digunakan sebagai hujah oleh penulis. Mengapa tidak dikatakannya “Ibnu Hajar sendiri TIDAK PASTI apa sebenarnya ‘tanduk syaitan’?

Nampaknya orang ini akan menggunakan apa saja cara untuk menyelamatkan Najd Riyadh daripada menjadi tempat gempa, fitnah dan tanduk syaitan walaupun sandaran-sandarannya berisi kelemahan dan sebahagiannya kepalsuan. Rasulullah kata Najd Riyadh memang salah satu daripada tempat tanduk syaitan, tapi penulis berusaha mengengkari sunnah baginda.

KESIMPULAN KECIL YANG KESEMBILAN

Kita boleh nampak betapa tidak stabilnya penulis dalam membuat pertimbangan.

BONUS

Hadis Rasulullah SAW ada keistimewaannya. Kata-kata yang keluar daripada mulut baginda tidak sama dengan kata-kata orang biasa. Ucapan baginda ada iramanya, ada seninya, ada sentuhannya.

Guru hadis saya pernah menceritakan perihal seorang ulama di Timur Tengah. Saya tidak ingat siapa nama ulama itu. Dia orang besar dan sering terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat penting. Dalam salah satu mesyuarat penting, ada ahli mesyuarat menggunakan hadis dalam ucapannya. Berdasarkan lenggok bahasa ‘hadis’ itu, si ulama tadi sudah tahu itu bukan hadis. Terus mesyuarat itu dihentikan dan serta-merta dakwaan ulama tadi dikaji. Akhirnya mereka mendapat keputusan- memang benar itu bukan hadis. Lihat, dengan menghayati irama susunan kata-kata sahaja ulama itu mampu membezakan yang mana hadis yang mana tidak. Itulah keistimewaan perkataan Rasulullah. (Ulama ini dipenjarakan oleh pemerintah)

Dalam hadis yang menyentuh Syam, Yaman dan Najd juga ada irama dan susunan tertentu. Irama ini bukanlah satu kemestian tetapi ia selalu ada pada hadis-hadis baginda. Apabila perkara pertama yang disentuh ialah Syam di utara (atas) dan perkara kedua disentuh ialah Yaman di selatan (bawah), perkara ketiga yang akan disentuh rasa-rasanya di mana?

Akan kembali ke Iraq (atas) di utarakah?

Ataupun ia akan menyentuh wilayah YANG TENGAH pula?

Tentu saja selepas ATAS, selepas BAWAH, iramanya beralih ke TENGAH. Betul?

Baik. Bahagian tengah Tanah Arab ada Makkah, Madinah dan Najd. Dalam hadis riwayat Abu Nuaim dan Ibnu Asakir yang dibawa oleh penulis, Makkah dan Madinah sudah disentuh. Yang tinggal sebagai tempat ‘tanduk syaitan’ ialah……..?
.

KESIMPULAN BESAR

Berdasarkan sembilan kesimpulan kecil dan satu bonus di atas tadi, jelaslah bahawa usaha penulis untuk membersihkan Najd Riyadh daripada tempat gempa, fitnah dan tanduk syaitan tidak punya sandaran kukuh. Semua belaannya adalah belaan-belaan yang rapuh, malah sebahagiannya mengandungi pendustaan dan kesilapan.

.

Wallahu a’lam

5 thoughts on “Najd BUKAN Iraq

  1. Permisi, kalau ada waktu dan sudi berkunjung, saya punya postingan dan beberapa pertanyaan yang butuh feedback & jawaban terkait artikel ini. Semoga bisa dibantu menjawabkannya. Terima kasih…

    –> Assalamungalaikum wrwb…Salam jumpa lagi mas Amed…
    Terima kasih undangannya.. saya bukan ahli. Kalau boleh berpendapat;

    Najd adalah Najd, Iraq adalah Iraq. Keduanya beda.. ini menurut pendapat saya. Alasannya .. saya setuju dengan mas Alexander, sebagaimana postingan beliau yang saya angkut. Ada beberapa stressing,

    1. Hadits itu sendiri ada dua redaksi dengan kata-kata nama-nama tempat yang jelas berbeda. Maka..maknanya yang lebih mendekati kebenaran adalah keduanya memang beda. Sebelum menafsirkan Najd=Iraq, kenyataannya redaksinya adalah berbeda bahwa yang satu menyebut Syam, Yaman, Najd, sedang yang lain menyebut Madinah, Makkah, Syam, Yaman, Iraq.

    2. Tanduk itu mempunyai dua sisi (dua batang). Kalau satu ujung/batang saja… namanya cula. Bisa saja tanduk satu yang dimaksud adalah Iraq, sedangkan tanduk yang lain menunjuk ke Najd. Adakah hadits lain yang menunjuk daerah lain selain kedua daerah ini sebagai tanduk?

    3. Mungkin saja pada waktu sahabat Nabi saw itu meminta daerahnya didoakan, mereka memintanya beramai-ramai. Saling bersahut-sahutan. Kesan saya demikian. Ada yang memintakan Najd, ada yang memintakan Iraq, dan lain-lain. Nahh pas kedua-nya disebut, demikianlah jawaban Rasul saw.

    4. Batas-batas negara bisa berubah, tapi kayaknya nama-nama daerah di Arab sana tidak berubah sejak dulu. Ada Iraq, Syam, Yaman, Madinah, Mekah..yang tetap asli namanya. Adakah sejarah menyebut Najd berubah namanya menjadi Iraq? Kapan itu terjadi?

    5. Jika Najd diartikan dataran tinggi, maka maksud lebih mendekati Najd sebagai Najd dari pada Iraq.

    6. Jika Najd dimaksudkan sebelah timur, maka Najd sebagai Najd lebih mendekati dari pada Iraq.

    7. Mengenai fitnah islam, menyimak sejarah, iraq memang mengalami kejadian luar biasa dahsyatnya. Bahkan sampai saat ini. Namun sejarah Najd juga patut disimak.

    8. ……………………………..

    Maaf kalau ada salah.
    Wallahu a’lam.

  2. Pingback: Ahadith Dan Najd « A Sort of Homecoming

  3. dari jalur Ismail bin Mas’ud: Menceritakan kami Ubaidullah bin Abdullah bin Aun dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar – dengan lafazh:

    اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا, اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا. فَقَالَهَا مِرَارًا, فَلَمَّا كَانَ فِيْ الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ, قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَفِيْ عِرَاقِنَا؟ قَالَ: إِنَّ بِهَا الزَّلاَزِلَ وَالْفِتَنَ وَبِهَا يَطْلَعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

    Wahai Alloh berkahilah kami dalam Syam kami, wahai Alloh berkahi kami dalam Yaman kami. Beliau mengulanginya beberapa kali, pada ketiga atau keempat kalinya, para sahabat berkata, ”Wahai Rasulullah! Dalam Iraq kami?” Beliau menjawab, ”Sesungguhnya di sana terdapat kegoncangan dan fitnah dan di sana pula muncul tanduk setan.”

    * Sanad hadits ini bagus. Ubaidullah seorang yang dikenal haditsnya, sebagaimana kata Imam Bukhari dalam Tarikh al-Kabir 5/388/1247. Ibnu Abi Hatim berkata dalam al-Jarh wat Ta’dil 5/322 dari ayahnya, ”Shalih (bagus) haditsnya.”

    * Imam Muslim dalam Shahihnya 2905 meriwayatkan dari Ibnu Fudhail dari ayahnya, dia berkata, ”Saya mendengar ayahku Salim bin Abdullah bin Umar berkata:

    يَا أَهْلَ الْعِرَاقِ! مَا أَسْأَلَكُمْ عَنِ الصَّغِيْرَةِ وَأَرْكَبَكُمْ عَنِ الْكَبِيْرَةِ, سَمِعْتُ أَبِيْ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ يَقُوْلُ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ n يَقُوْلُ : إِنَّ الْفِتْنَةَ تَجِيْئُ مِنْ هَا هُنَا وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ نَحْوَ الْمَشْرِقِ, مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

    Wahai penduduk Iraq! Alangkah seringnya kalian bertanya tentang masalah-masalah sepele dan alangkah beraninya kalian menerjang dosa besar! Saya mendengar ayahku Abdullah bin Umar mengatakan, ”Saya mendengar Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, ’Sesungguhnya fitnah datangnya dari arah sini –beliau sambil mengarahkan tangannya ke arah timur–, dari situlah muncul tanduk setan….’”

    Riwayat ini sangat jelas menunjukkan bahwa maksud ”arah timur” adalah Iraq sebagaimana dipahami oleh Salim bin Abdullah bin Umar.

    * Al-Khaththabi berkata dalam I’lam Sunan 2/1274, ”Nejed: arah timur. Bagi penduduk kota Madinah, nejednya adalah Iraq dan sekitarnya. Asli makna ’Nejed’ adalah setiap tanah yang tinggi, lawan kata dari ’Ghaur’ yaitu setiap tanah yang rendah seperti Tihamah (sebuah kota di Makkah–pen) dan Makkah. Fitnah itu muncul dari arah timur dan dari arah itu pula keluar Ya’juj dan Ma’juj serta Dajjal sebagaimana diriwayatkan dalam banyak hadits.”

    * Demikian pula dijelaskan oleh para ulama lainnya seperti:

    1. al-‘Aini dalam Umdatul Qari 24/200,
    2. al-Kirmani dalam Syarh Shahih Bukhari 24/168,
    3. al-Qashthalani dalam Irsyad Sari 10/181,
    4. Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 13/47,
    5. dan sebagainya.

    agar lebih rinci lanjutkan ke
    http://abiubaidah.com/kritikhadits-wahabi.html/

    –> Tidak mengurangi takdzim ke para ulama terdahulu yang menafsirkan Najd adalah Irak. Namun hal yang tak tersangkal adalah Fakta dari PETA (ATLAS) modern .. semoga anda pun tak menyangkal, bahwa sebelah timur Madinah itu yaa Najd (Riyadh). Di peta dunia pun tertulis Najd (lihat sendiri petanya). Kalau irak itu sebelah utara Madinah (tepatnya timur laut .. namun lebih berat ke utara-nya). Bahkan sekr anda dapat membuktikannya dengan google earth.

    Menurut sejarah yg saya tahu,… tidak ada gempa besar yang menggeser Irak dari timur Madinah ke utara (timur laut) Madinah seperti sekarang ini. Artinya sejak zaman Nabi saw .. ketika beliau menunjuk ke Timur.. itu yaa ke arah Najd (Riyadh sekarang), bukan ke Irak.

    wallahu a’lam.

    • abu rafli alfarhatani
      Send a message
      Sites I’ve joined
      A I R M A T A K U M E N G A L I R
      BLOG Cinta………………………….!!!
      HIjrahlah Bersama Kami….. Saudaraku !!
      Semua Yang Bermanfaat
      http://airmatakumengalir.blogspot.com/

      Sejarah dan fakta lapangan membuktikan kebenaran hadits Nabi n/ di atas. Benarlah, Iraq adalah sumber fitnah([4]), baik yang telah terjadi maupun yang belum terjadi. Seperti:
      1. Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj,
      2. Perang Jamal,
      3. Perang Shifin,
      4. Fitnah Karbala’,
      5. Tragedi Tatar.
      6. Demikian pula munculnya kelompok-kelompok sesat seperti
      • Khawarij yang muncul di kota Harura’ –kota dekat Kufah–,
      • Rafidhah (Syi’ah) –hingga kini masih kuat–,
      • Mu’tazilah,
      • Jahmiyah, dan
      • Qadariyah.
      Awal kemunculan mereka di Iraq, sebagaimana dalam hadits pertama Shahih Muslim.
      Dan kenyataan yang kita saksikan dengan mata kepala pada saat ini, keamanan di Iraq terasa begitu mahal. Banyak peperangan dan pertumpahan darah, serta andil (campur tangan) orang-orang kafir dalam menguasai Iraq. Kita berdo’a kepada Alloh agar memperbaiki keadaan di Iraq, menetapkan langkah para mujahidin di Iraq dan menyatukan barisan mereka. Amiin.
      • Ibnu Abdil Barr berkata dalam al-Istidzkar (27/248), ”Rasulullah mengkhabarkan datangnya fitnah dari arah timur, dan memang benar secara nyata bahwa kebanyakan fitnah muncul dari timur dan terjadi di sana. Seperti perang Jamal, perang Shifin, terbunuhnya al-Husain, dan lain sebagainya dari fitnah yang terjadi di Iraq dan Khurasan semenjak dahulu hingga sekarang. Akan sangat panjang kalau mau diuraikan. Memang, fitnah terjadi di setiap penjuru kota Islam, namun terjadinya dari arah timur jauh lebih banyak.”
      • Syaikh Abdur Rahman bin Hasan berkata dalam Majmu’atur Rasa’il wal Masa’il (4/264-265), ”Telah terjadi di Iraq beberapa fitnah dan tragedi mengerikan yang tidak pernah terjadi di Nejed Hijaz. Hal itu diketahui oleh seorang yang menelaah sejarah, seperti keluarnya Khawarij, pembunuhan al-Husain, fitnah Ibnu Asy’ats, fitnah Mukhtar yang mengaku sebagi nabi … dan apa yang terjadi pada masa pemerintahan Hajjaj berupa pertumpahan darah, sangat panjang kalau mau diuaraikan.”
      • Syaikh Mahmud Syukri al-Alusi al-Iraqi berkata dalam Ghayatul Amani (2/180), ”Tidak aneh, Iraq memang pusat fitnah dan musibah. Penduduk Islam di sana selalu dihantam fitnah satu demi satu. Tidak samar lagi bagi kita, fitnah ahli Harura’ (kelompok Khawarij–pen) yang mencemarkan Islam. Fitnah Jahmiyah yang banyak dikafirkan oleh mayoritas ulama salaf juga muncul dan berkembang di Iraq. Fitnah Mu’tazilah dan ucapan mereka terhadap Hasan al-Bashri serta lima pokok ajaran mereka yang berseberangan dengan paham Ahli Sunnah begitu masyhur. Fitnah ahli bid’ah kaum sufi yang menggugurkan beban perintah dan larangan yang berkembang di Bashrah. Dan fitnah kaum Rafidhah dan Syi’ah serta perbuatan ghuluw (berlebihan) mereka terhadap ahli bait, ucapan kotor terhadap Ali bin Abu Thalib-radhiyallahu a’nhu- serta celaan terhadap pembesar para sahabat, merupakan hal yang sangat masyhur juga.”
      Anggaplah bahwa ”Nejed” yang dimaksud hadits di atas adalah Nejed Hijaz, tetap saja tidak mendukung keinginan mereka, sebab hadits tersebut hanya mengkhabarkan terjadinya fitnah di suatu tempat, tidak menvonis perorangan seperti Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Terjadinya suatu fitnah di suatu tempat, tidaklah mengharuskan tercelanya setiap orang yang bertempat tinggal di tempat tersebut.
      • Bukankah Nabi -shallallahu ‘alaihi wa sallam- juga mengkhabarkan akan terjadi fitnah di kota Madinah Nabawiyah?! Seandainya terjadinya fitnah di suatu tempat pasti mengakibatkan setiap penduduknya tercela, maka itu artinya seluruh penduduk Madinah tercela, padahal tak seorangpun mengatakan hal ini. Bahkan tidak ada suatu tempat pun di dunia ini –baik telah terjadi maupun belum– kecuali akan terjadi fitnah di dalamnya. Lantas akankah seseorang berani mencela seluruh kaum muslimin seantero dunia?! Jadi, timbangan celaan seorang bukanlah karena dia lahir di tempat ini atau itu. Tetapi timbangannya adalah kalau dia sebagai pencetus fitnah berupa kekufuran, kesyirikan, dan kebid’ahan. (Shiyanatul Insan ‘an Waswasah Syaikh Dahlan hal. 498-500 oleh Syaikh Muhammad Basyir al-Hindi)

      http://abiubaidah.com/kritikhadits-wahabi.html/

      –> Saya kira justru artikel kutipan anda ini yang dibantah oleh artikel di atas. Lihat point-pointnya.

      Jika saya ingin menambahkan, memang di irak banyak kekacauan/fitnah, namun daerah lain pun banyak fitnah/kekacauan pula jika kita mau menyimak sejarah masing-masing daerah/negara, termasuk Najd (Najd yang benar-benar Najd, lihat peta).

      Jika anda menyimak sejarah Arab Saudi (yang pusatnya adalah daerah Najd), fitnah/pembantaiannya terhadap sesama muslim pun mengerikan. Jika anda mengklaim kekacauan di Irak yang terjadi saat ini .. ingat .. itupun juga akibat fitnah dari Najd. Siapakah yang menyediakan tempat/memfasilitasi pangkalan militer-nya Amerika yang menghancurkan Irak itu? Pemerintah dari Najd pula (Saudi Arabia).

      wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s